Tazkirah Pagi: Hati yang selamat.

"Setiap manusia lahir dengan hati yang selamat"- Abu Muhammad

Hati ni adalah satu wadah yang asalnya bersih, wangi dan suci. Tapi perjalanan hidup manusia itulah yang tentukan rupa bentuk hati tu bagaimana. Hati yang asalnya dilahirkan ke dunia ibarat kain putih, akan dicorakkan mengikut pencoraknya.

Keadaan keliling juga mencorak dan membentuk hati tersebut. Membentuk peribadi seseorang manusia tu sendiri. Kalau berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita pun berkongsi kewangian tu. Kalau berkawan dengan saudagar soya, kita pun dapat tumpang minum soya tu. Kadang2 kita yang lebih minum soya tu dari saudagar soya tu dan keluarga dia.

Persekitaran yang baik membentuk hati dan peribadi yang baik. Keluarga, kawan-kawan, jemaah, masyarakat, inilah yang sedikit sebanyak membentuk hati-hati manusia. Dikelilingi orang jahat walaupun hati baik, sedikit sebanyak terpalit pada hati manusia. Ibarat tukang besi yang menempa sesuatu, percikan besi dan api sedikit sebanyak terkena sekelilingnya.

Jagalah hati kita. Sebagai orang Islam, begitu banyak panduan yang Allah berikan. Seorang mukmin yang mencari keredhaan Allah akan berpegang pada syariat dan panduan yang Allah berikan. Sememangnya jalan menuju Allah penuh onak dan duri. Kerana Allah sendiri yang akan menyelamatkan hati-hati hamba-Nya yang ingin mencari cinta-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Kayu Koka dan Tulang Unta.

Beza Peranan Nabi dan Rasul.

SUSUN SELIPAR!