Tasbih Kayu Koka dan Tulang Unta.
Ok. Kali ni nak cerita sambil jual barang. Jual tak jual, beli tak beli, meh sini nak cerita dulu apa barang nak kita jual ni.
Barang ni amatlah popularnya. Tak tahu lepas ni harap tahulah ye. Kasar bahasa ye. Lain cara baca lainlah bunyinya.
Barang ni biasanya orang bawa balik dari umrah/haji sebagai ole-ole atau hadiah. Takpun untuk guna sendiri. Ni bukanlah air zam-zam. Masa bawa jemaah umrah dulu, ni antara barang yang hampir wajib dibeli.
Barang ni ialah Tasbih Kayu Koka. Bukan kokak ye. Sedikitlah info kayu ni, kayu ni dibuat dari buah koka. Bawah ni kita bagi tengok gambar dia. Bukan buah koko ye. Buah koka.
Kalau kat Timur Tengah memang berlambaklah buah ni tapi orang tak makan. Kerasnya bak batu tapi taklah batu sangat. Buahnya memang keras. Dari buah ni orang buat cincin, tasbih, gelang, sudu, garpu, macam-macam lagilah.
Lagi satu, selain kayu koka ni ada juga satu benda nak bagitau. Tulang Unta! Yaaa! Tulang unta. Kikis-kikis kasi campur air suam kasi minum bagi jadi ubat. Sekarang ni selain ubat tulang unta pun orang buat tasbih.
Banyak khaisat benda-benda ni. Allah cipta sesuatu tak pernah sia-sia. Daun yang jatuh pun Allah buatkan tak sia-sia. Okla. Bawah ni ada sikit lagi maklumat tentang koka dan tulang unta ni. Ayat-ayat dibawah ni ori dari saudagar.
Yakinlah kita yang izinkan untuk berlaku semua ni Allah yang buat. Sakit ke, sehat ke, mati ke, kuat ke, kaya ke, miskin, semua ni dari Allah.
•••
Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
*Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
*Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
*Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
*Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
*Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
*Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
*Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
*Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
*Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
*Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
*Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
*Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
*Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Tulang Unta
Telah diketahui umum bahawa seluruh badan unta mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan tradisional sehinggakan hati, lemak dan air kencing unta digunakan secara meluas untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.
Tulang unta dipercayai boleh digunakan untuk mengubati penyakit asma atau lelah dengan cara mengikis tulang tersebut, kemudiannya diambil debunya dan dicampur air suam, lalu diminum. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau binatang buas mengikut kepercayaan dan pengalaman orang-orang tua.
Akan bertambah lagi khasiat-khasiat ciptaan Allah diatas ni jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir. (Amboi ayat)
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,
INSYA ALLAH. - Saudagar Kokka
Berminat? *sambil doa menadah tangan dilembutkan hati pembaca
Harga tasbih tulang unta dan kayu koka RM105.00 sahaja.
Hubungi no dibawah ni.
Saudagar Koka :
•••
Comments
Post a Comment