Air dicincang tak putus.

Hidup penuh dengan onak dan duri. Susah senang datang berganti. Tak boleh selalu senang nanti tak kenal orang. Susah berterusan juga bukan kebaikan, takut-takut kemurkaan Tuhan. Para sahabat alahimussolatuwassalam, kalau senang berterusan hati mereka gelisah. Mereka takut Tuhan lupakan mereka. Kerana senang boleh membuatkan hati tidak merintih dengan Tuhannya.

Kenapa air dicincang tak putus? Unik ciptaan Allah ni. Akal selalu salah menilai setiap apa yang Tuhan buat. Dalam buat kebaikan pun akal boleh tertipu. Sememangnya begitulah sunnatullah yang Allah jadikan. Air tu buatlah camne pun, akhirnya kan ketemu.

Ada persoalan timbul. Bila nak bertemu kalau dah dicincang sampai ke dasar? Air yang terpisah bukan bersih semuanya. Macam-macam persoalan timbul tentang air dicincang ni. Hingga kita lupa Allah yang Maha Kuasa boleh saja buat macam-macam kalau Dia berkehendak.

Ramai yang lupa, air sifatnya sama. Kalau bertemu pasti bersatu. Walaupun dah jadi ketulan ais batu.

Peribahasa ni memberi makna yang mendalam. Bagi yang tak senang, akan dibuat sesuatu bagi menghalang dari air-air ini bertemu. Dibuatkan paip mengalir jauh. Satu ke hulu dan satu ke hilir. Dibuatkan lubang-lubang supaya air menjadi lopak dan tidak memberi manfaat.

Tapi jangan lupa. Bila datang bah melanda, tiada siapa yang dapat menghalang! Banjir adalah tentera Allah. Datangnya akan menyatukan air-air ini. Walaupun ramalan dapat dibuat dan cuba dihalang, bila sampai masa banjir datang tiada siapa dapat menghalang.

Peribahasa ini bukan kosong-kosong. Ia penuh makna.

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Kayu Koka dan Tulang Unta.

Beza Peranan Nabi dan Rasul.

SUSUN SELIPAR!