Itu rupanya yang Allah nak.

Sabtu datang lagi. Dah menjadi rutin atau program keluarga, kami berkumpul di rumah ayah di Anggun. Hari lain tak dapat semua nak kumpul melainkan ada hal yang penting. Sebab hari lain hampir semua terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Jaga taska dan neseri tu tak masyarakat ke? Sangatla masyarakatnya.

Macam biasa kalau berkumpul takkan makan minum je. Hati perlukan pengisian. Tu la pun tujuan utama kami berkumpul. Meneruskan tradisi orang soleh, berpagi-pagi dengan kasih sayang, menghidupkan ilmu dunia & akhirat. Sabtu ni apa ceritanya?

Program dimulakan dengan nasyid dari mawaddah putra 1, antara senikata lagu tu,
"Mengapa perjuangan kebenaran
Seperti yang dibawa oleh para rasul
Banyak rintangan dan juga ujian
Pelbagai bentuk yang sering mendatang"

Mendalam senikata lagu tu.

Dalam sembahyang, kita mintak kat Allah nak ikut cara Nabi dan Rasul. Tapi bila Allah uji kita dah melatah tak mampu. Dalam surah Al-Fatehah kita minta semua tu. Nak jalan para nabi dan rasul. Jalan nabi dan rasul tu mana ada jalan senang-lenang. Nabi dan rasul-lah yang paling berat dan paling banyak ujian.


Itulah yang sedang dilalui. Ujian dan nikmat datang bersilih ganti. Hidup macam roda. Ada masa kat atas ada masa kat bawah. Adatlah bila dibawah ni roda mesti langgar macam-macam. Batu, lopak, lubang, bahkan kadang-kadang langgar najis. Itulah kehidupan. Mesti pandai menerima semua itu dalam memburu rahmat dan kasih sayang Tuhan. Allah yang buat semua ni. Tiada yang sia-sia. Rugilah kita kalau nak terima yang indah dan sedap sahaja. Barang yang berkualiti tu setelah diuji. Barang kalau macam cantik je, macam elok je, tapi tak diuji belum tentu bagus. Sekianla untuk entry kali ni.

Itu rupanya yang Allah nak, bila diuji hamba-hamba Dia, hamba teruslah terhubung dengan-Nya. Merintih, mengadu, dan terus membesarkan dan perjuangkan-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Kayu Koka dan Tulang Unta.

Beza Peranan Nabi dan Rasul.

SUSUN SELIPAR!