Banjir disini salji disana.
Timur semenanjung Malaysia banjir teruk kali ni. Sebelum banjir teruk di kuantan, dalam masa 4 jam je air dah tinggi. Pegawai kaji cuaca kata, sepatutnya jumlah air yang turun tu sepatutnya dalam 4 hari tapi yang berlaku ia turun dalam tempoh 24 jam. Maka ramailah yang dipindahkan. Main airlah orang pantai timur.
Di luar negara, salji tebal melanda. Piramid kat mesir tak pernah salji sekali salji datang, tu dia! Macam dalam filem pulak efek dia. Maka penuhlah instagram dengan macam-macam hashtag (#). Maka mereka pun mainlah salji.
Bukan nak cerita banjir dan salji sangat. Nak kongsi cerita, biasanya kalau bencana bentuk air ni lepas tu ada nikmat. Orang kata kalau banjir tu rahmat. Kalau api tu bala. Ini kebiasaan yang berlaku. Memang orang dulu suka perhati hikmah setiap kejadian.
Contoh, kejadian tsunami. Air yang datnag bukan api. Lepas tsunami je dah tiada perang di acheh. Kalau tak ada je cerita perang di acheh. Camtulah kalau lebih dan kurangnya.
Sesiapa di selangor, tv bagitahu jimat-jimat guna air. Start esok 17 disember 2013 bermula gangguan air dari jam 8 pagi sampai 9 malam. Lepas tu air masuk macam biasa tapi esok paginya sambung gangguan sampailah seminggu dua juga. Maka jimat-jimatlah ye.
Comments
Post a Comment