Posts

Showing posts from 2014

Kasih datuk pada anak dan cucunya.

Image
Ni kisah benar yang benar berlaku. Tentang seorang atuk dan cucunya. Atuk ni dah tua. Of cozlah sebab datukkan. Atuk ni duduk kat Kundang. Rumahnya dekat dengan Tasik Biru Kundang tu. Tiap pagi atuk ni akan hantar cucu lelakinya ke sekolah agama di Bandar Country Homes. Kalau jalan lancar 15 minit je perjalanan. Kalau tak mau setengah jam. Jalan pun agak sibuk sebab orang gunakan sebagai alternatif ke hiway LATAR dan GUTHRIE. Sayang betul atuk ni hantar cucu jauh-jauh. Petang pulak dia hantar cucu sorang lagi, si abangnya. Dah ambik adik hantar abang pulak. Macam tu la rutin tiap hari. Dah sayang katanya. Anak atuk ni atau mak bapak cucu dia ni duduk kat sungai buloh. Masing-masing sibuk. Atuk pun tak buat apa dia kata. Jadi sayang anak sayang cucu dia bela cucu dia tu. Dah sayang katanya. Tapi atuk, kenapa tak hantar sekolah agama kat sana tu je? Jauhkan ulang alik tiap hari. Dah sayang, kata atuknya. Kenapa sekolah agama ni? Kan ada sekolah agama lain yang lagi murah yuran dia. Dah a...

Tazkirah Pagi: Hati yang selamat.

"Setiap manusia lahir dengan hati yang selamat"- Abu Muhammad Hati ni adalah satu wadah yang asalnya bersih, wangi dan  suci. Tapi perjalanan hidup manusia itulah yang tentukan rupa bentuk hati tu bagaimana. Hati yang asalnya dilahirkan ke dunia ibarat kain putih, akan dicorakkan mengikut pencoraknya. Keadaan keliling juga mencorak dan membentuk hati tersebut. Membentuk peribadi seseorang manusia tu sendiri. Kalau berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita pun berkongsi kewangian tu. Kalau berkawan dengan saudagar soya, kita pun dapat tumpang minum soya tu. Kadang2 kita yang lebih minum soya tu dari saudagar soya tu dan keluarga dia. Persekitaran yang baik membentuk hati dan peribadi yang baik. Keluarga, kawan-kawan, jemaah, masyarakat, inilah yang sedikit sebanyak membentuk hati-hati manusia. Dikelilingi orang jahat walaupun hati baik, sedikit sebanyak terpalit pada hati manusia. Ibarat tukang besi yang menempa sesuatu, percikan besi dan api sedikit sebanyak terkena sekelil...

Salam Maulidurrasul.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw. Hari ini hari kebesaran buat manusia di dunia. Kita meraikan hari kebesaran seorang yang sangat dicintai Allah taala. Kerana Nabi Muhammad lah kita semua diciptakan. Sollu 3ala Rasulillah. 

Air dicincang tak putus.

Hidup penuh dengan onak dan duri. Susah senang datang berganti. Tak boleh selalu senang nanti tak kenal orang. Susah berterusan juga bukan kebaikan, takut-takut kemurkaan Tuhan. Para sahabat alahimussolatuwassalam, kalau senang berterusan hati mereka gelisah. Mereka takut Tuhan lupakan mereka. Kerana senang boleh membuatkan hati tidak merintih dengan Tuhannya. Kenapa air dicincang tak putus? Unik ciptaan Allah ni. Akal selalu salah menilai setiap apa yang Tuhan buat. Dalam buat kebaikan pun akal boleh tertipu. Sememangnya begitulah sunnatullah yang Allah jadikan. Air tu buatlah camne pun, akhirnya kan ketemu. Ada persoalan timbul. Bila nak bertemu kalau dah dicincang sampai ke dasar? Air yang terpisah bukan bersih semuanya. Macam-macam persoalan timbul tentang air dicincang ni. Hingga kita lupa Allah yang Maha Kuasa boleh saja buat macam-macam kalau Dia berkehendak. Ramai yang lupa, air sifatnya sama. Kalau bertemu pasti bersatu. Walaupun dah jadi ketulan ais batu. Peribahasa...

SUSUN SELIPAR!

Masih teringat lagi waktu darjah 6, tahun 2000. Tahun millenium. Celah jap. Masa tu cik jaid (adik ayah) nak kahwin isteri yang kedua. Jadi Jad (panggilan untuk datuk) datang sambil ziarah keluarga yang ada kat sini. Kami menyewa rumah kedai, berderet la juga. Salah satunya buat pejabat ayah dan rumah tamu. Jad tak dok situ tapi sarapan kat situ. Ayah memang saspen la dengan Jad. Jad ni, orangnya sangat disiplin. Jadi ayah minta aku pastikan selipar bersusun dengan kasut-kasut tamu. Jadi susunlah. Masa dah selesai Jad turun. Tetiba camne ntah ada sepasang selipar ni susun dah ok tapi terbalik. Jad pun sambil turun dan bongkokkan badan betulkan selipar tadi. Ayah jeling tajam kat aku. Kalau jelingan tu ada peluru komfom mati kat situ. Tak sempat buat blog ni. Jad pernah pesan kat ayah pasal susun selipar, dan ayah selalu pesan kat kami. Bukan ayah aku je, Jad memang selalu syarah bab susun selipar. Camne nak susun manusia kalau tak reti susun selipar?! HAH! Betul kata Jad. Seorang ...