Posts

Showing posts from January, 2014

Salam Maulidurrasul.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw. Hari ini hari kebesaran buat manusia di dunia. Kita meraikan hari kebesaran seorang yang sangat dicintai Allah taala. Kerana Nabi Muhammad lah kita semua diciptakan. Sollu 3ala Rasulillah. 

Air dicincang tak putus.

Hidup penuh dengan onak dan duri. Susah senang datang berganti. Tak boleh selalu senang nanti tak kenal orang. Susah berterusan juga bukan kebaikan, takut-takut kemurkaan Tuhan. Para sahabat alahimussolatuwassalam, kalau senang berterusan hati mereka gelisah. Mereka takut Tuhan lupakan mereka. Kerana senang boleh membuatkan hati tidak merintih dengan Tuhannya. Kenapa air dicincang tak putus? Unik ciptaan Allah ni. Akal selalu salah menilai setiap apa yang Tuhan buat. Dalam buat kebaikan pun akal boleh tertipu. Sememangnya begitulah sunnatullah yang Allah jadikan. Air tu buatlah camne pun, akhirnya kan ketemu. Ada persoalan timbul. Bila nak bertemu kalau dah dicincang sampai ke dasar? Air yang terpisah bukan bersih semuanya. Macam-macam persoalan timbul tentang air dicincang ni. Hingga kita lupa Allah yang Maha Kuasa boleh saja buat macam-macam kalau Dia berkehendak. Ramai yang lupa, air sifatnya sama. Kalau bertemu pasti bersatu. Walaupun dah jadi ketulan ais batu. Peribahasa...

SUSUN SELIPAR!

Masih teringat lagi waktu darjah 6, tahun 2000. Tahun millenium. Celah jap. Masa tu cik jaid (adik ayah) nak kahwin isteri yang kedua. Jadi Jad (panggilan untuk datuk) datang sambil ziarah keluarga yang ada kat sini. Kami menyewa rumah kedai, berderet la juga. Salah satunya buat pejabat ayah dan rumah tamu. Jad tak dok situ tapi sarapan kat situ. Ayah memang saspen la dengan Jad. Jad ni, orangnya sangat disiplin. Jadi ayah minta aku pastikan selipar bersusun dengan kasut-kasut tamu. Jadi susunlah. Masa dah selesai Jad turun. Tetiba camne ntah ada sepasang selipar ni susun dah ok tapi terbalik. Jad pun sambil turun dan bongkokkan badan betulkan selipar tadi. Ayah jeling tajam kat aku. Kalau jelingan tu ada peluru komfom mati kat situ. Tak sempat buat blog ni. Jad pernah pesan kat ayah pasal susun selipar, dan ayah selalu pesan kat kami. Bukan ayah aku je, Jad memang selalu syarah bab susun selipar. Camne nak susun manusia kalau tak reti susun selipar?! HAH! Betul kata Jad. Seorang ...