Posts

Salam Maulidurrasul.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw. Hari ini hari kebesaran buat manusia di dunia. Kita meraikan hari kebesaran seorang yang sangat dicintai Allah taala. Kerana Nabi Muhammad lah kita semua diciptakan. Sollu 3ala Rasulillah. 

Air dicincang tak putus.

Hidup penuh dengan onak dan duri. Susah senang datang berganti. Tak boleh selalu senang nanti tak kenal orang. Susah berterusan juga bukan kebaikan, takut-takut kemurkaan Tuhan. Para sahabat alahimussolatuwassalam, kalau senang berterusan hati mereka gelisah. Mereka takut Tuhan lupakan mereka. Kerana senang boleh membuatkan hati tidak merintih dengan Tuhannya. Kenapa air dicincang tak putus? Unik ciptaan Allah ni. Akal selalu salah menilai setiap apa yang Tuhan buat. Dalam buat kebaikan pun akal boleh tertipu. Sememangnya begitulah sunnatullah yang Allah jadikan. Air tu buatlah camne pun, akhirnya kan ketemu. Ada persoalan timbul. Bila nak bertemu kalau dah dicincang sampai ke dasar? Air yang terpisah bukan bersih semuanya. Macam-macam persoalan timbul tentang air dicincang ni. Hingga kita lupa Allah yang Maha Kuasa boleh saja buat macam-macam kalau Dia berkehendak. Ramai yang lupa, air sifatnya sama. Kalau bertemu pasti bersatu. Walaupun dah jadi ketulan ais batu. Peribahasa...

SUSUN SELIPAR!

Masih teringat lagi waktu darjah 6, tahun 2000. Tahun millenium. Celah jap. Masa tu cik jaid (adik ayah) nak kahwin isteri yang kedua. Jadi Jad (panggilan untuk datuk) datang sambil ziarah keluarga yang ada kat sini. Kami menyewa rumah kedai, berderet la juga. Salah satunya buat pejabat ayah dan rumah tamu. Jad tak dok situ tapi sarapan kat situ. Ayah memang saspen la dengan Jad. Jad ni, orangnya sangat disiplin. Jadi ayah minta aku pastikan selipar bersusun dengan kasut-kasut tamu. Jadi susunlah. Masa dah selesai Jad turun. Tetiba camne ntah ada sepasang selipar ni susun dah ok tapi terbalik. Jad pun sambil turun dan bongkokkan badan betulkan selipar tadi. Ayah jeling tajam kat aku. Kalau jelingan tu ada peluru komfom mati kat situ. Tak sempat buat blog ni. Jad pernah pesan kat ayah pasal susun selipar, dan ayah selalu pesan kat kami. Bukan ayah aku je, Jad memang selalu syarah bab susun selipar. Camne nak susun manusia kalau tak reti susun selipar?! HAH! Betul kata Jad. Seorang ...

Tasbih Kayu Koka dan Tulang Unta.

Image
Ok. Kali ni nak cerita sambil jual barang. Jual tak jual, beli tak beli, meh sini nak cerita dulu apa barang nak kita jual ni. Barang ni amatlah popularnya. Tak tahu lepas ni harap tahulah ye. Kasar bahasa ye. Lain cara baca lainlah bunyinya. Barang ni biasanya orang bawa balik dari umrah/haji sebagai ole-ole atau hadiah. Takpun untuk guna sendiri. Ni bukanlah air zam-zam. Masa bawa jemaah umrah dulu, ni antara barang yang hampir wajib dibeli. Barang ni ialah Tasbih Kayu Koka. Bukan kokak ye. Sedikitlah info kayu ni, kayu ni dibuat dari buah koka. Bawah ni kita bagi tengok gambar dia. Bukan buah koko ye. Buah koka. Kalau kat Timur Tengah memang berlambaklah buah ni tapi orang tak makan. Kerasnya bak batu tapi taklah batu sangat. Buahnya memang keras. Dari buah ni orang buat cincin, tasbih, gelang, sudu, garpu, macam-macam lagilah. Lagi satu, selain kayu koka ni ada juga satu benda nak bagitau. Tulang Unta! Yaaa! Tulang unta. Kikis-kikis kasi campur air suam kasi minum bagi jadi ubat. S...

Minggu sudah : #blogrrr untuk kaum blogger

Image
Sabtu sudah ada acara khas untuk penulis dan pemilik blog se-malaysia. Acara tu dipanggil #blogrrr. Maka ramailah daripada kalangan penulis dan pemilik blog yang hadir. *karpet merah menanti kami. Cam artis sekejap ! Program yang mula seawal jam 8.30 pagi tu memang membuatkan ayam-ayam berkokok lebih awal. Jarang hari cuti manusia meninggalkan katil masa ni. Tapi berjaya juga #blogrrr ni buatkan blogger-blogger turun untuk acara tu. Tempat acara ni memang gempak tak gempak jugakla. Buat kat The Mines. Nama pun dah gempak. Kami yang datang time zohor memang jem gempaklah. Mujurlah dengan kesilapan aplikasi waze ni terlajaknya kami membuatkan jem tidak bersama kami terlalu lama. Krem tau picit-picit klac kereta manual ni! Sampai je program nak rasmi. Tapi tak pergi tengok acara perasmian. Jalan-jalan tengok gerai jualan dan pameran. Semua jualan on9 beb! Letak imac kat meja masing-masing! Blogger je pun imac tak kalah! Tak ku sangka ramai blogger berusia! Maka berkumpullah sejenak blogge...

Bersangka baik dan berlapang dada...

Kita hidup dengan manusia. Adalah haiwan keliling ni tapi bukan dengan mereka tu yang kita kahwin, tidur baring sekali, makan, belajar, dan lain-lain. Macam biasala lumrah manusia. Macam-macam ragam dan hal. Takder hal pun boleh jadi macam-macam hal. Ada hati dan perasaan yang nak dijaga. Camtula duduk dengan manusia. Tak nak susah dok la kat hutan. Pun susah juga. Orang ni macam-macam perangai yang ada. Belum lagi bila berlaku kerjasama antara nafsu dalam diri dan syaitan yang bermaharajalela. Lela juga jadi pilihan. Kenapa la tak bermaharajafiraun ke. Ada sejenis golongan tak boleh tengok orang senang. Hidupnya dihabiskan merancang nak ganggu orang. Memang ada jenis macam ni. Mungkin awalnya tak macam tu. Tapi dirasuk jin ke apa ke akhirnya kerjanya nak hancurkan kehidupan orang lain. Mungkin tak boleh kita nafikan, dalam diri kita ada sifat macam tu. Kena lawanlah sifat buruk ni. Tak senonoh kalau dibawa mati. Biasanya orang macam ni dia fikir orang lain macam dia. Mulalah dia meran...

Kasih ibu!

Macam tajuk drama la pulak.  Tetiba nak tulis ni sebab tengok isteri tengah tenyeh kaki anak. Anaknya kena kudis buta. Lalu si ibu yang penyayang ni nak la bersihkan kaki anak. Maka anak pulak menjerit terlolong. Tengah sedap tidor tiba-tiba ibu buat camni. Terus teringat arwah mak. Kami gelarkan dia walidah. Walidah tu bahasa arab. Maknanya ibu. Mana ada mak tak sayang anak. Cuma dia lahirkan atau pendamkan je perasaan tu. Masa kecik dulu sanggup mak tak tidur bila kami sakit ke apa ke. Semua mak camtulah. Semoga arwah walidah bersama orang-orang yang soleh dan anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Alfatihah buat walidah ku. :'( *anak tengah melolong ibu bersihkan kaki dan letak ubat kat kaki dia Allah yu3tihi al3afiah